SK
Seri Keramat telah ditubuhkan pada 1 Januari 2001. Dengan tertubuhnya sekolah
baru ini maka bertambahnya jumlah sekolah kebangsaan di dalam Daerah Maran pada
masa itu. Sebelum dapat menduduki bangunan sekolah yang baru, SK Seri Keramat
telah menumpang bangunan Sekolah Kebangsaan Maran (kini Bangunan Pusat Kegiatan
Guru Maran) sebagai pusat pentadbiran dan pembelajaran serta pengajaran.
Buat permulaan tiga kelas telah dibuka dan mempunyai murid
awalnya seramai 74 orang murid. Seramai 6 orang guru serta 3 orang pekerja
telah bernaung di bawah bumbung SK Seri Keramat ini. Dengan diterajui oleh Pn.
Hajah Temah Binti Ismail sebagai guru besar, SK Seri Keramat terus menuju arus
pendidikan negara.
Pada 18 Februari 2002, satu peristiwa gilang-gemilang telah
menjadi kenangan yang terindah kerana bangunan rasmi SK Seri Keramat sudah
boleh beroperasi. Di tapak baru, sebanyak 4 buah kelas telah di buka dan jumlah
murid telah bertambah ke angka 124 orang murid. Jumlah guru telah pun bertambah
kepada 8 orang dan 5 orang pekerja.
Tahun berganti tahun, hari berganti hari, pada tahun
2005, peningkatan jumlah murid yang mendaftar di sekolah ini telah meningkat
dan jumlah kelas juga bertambah kepada 6 buah kelas dan 1 pra sekolah telah di
buka. Jumlah murid pada masa ini adalah 215 orang dan guru seramai 15 orang
serta pekerja seramai 6 orang dan 2 orang pengawal keselamatan.
Pada bulan Disember 2008, peneraju utama SK Seri Keramat,
Pn.Hajah Temah Binti Ismail telah berpindah ke SK Bukit Tajau. Setelah hampir 8
tahun berkhidmat sebagai Guru Besar di SK Seri Keramat, banyak peranan,
tanggungjawab serta jasa dalam memperkenalkan sekolah ini di mata masyarakat setempat
dan luar telah diberikan. Segala jasa beliau dalam meningkat taraf sekolah ini
akan sentiasa dihargai oleh setiap warga SK Seri Keramat sampai bila-bila.
Patah tumbuh hilang berganti, pengganti Guru Besar yang baru
telah pun melaporkan diri pada Disember 2008. En. Muhamad Anua Bin Musop
seorang Guru Besar yang berkarisma dan berkaliber telah menyertai SK Seri
Keramat sebagi peneraju yang baru.
Pada tahun 2009, dengan kekuatan seramai 249 orang murid,
20 orang guru dan 3 orang staf sokongan serta 6 orang pekerja dan 3 orang
pengawal keselamatan, diharapkan akan menjadi sumber inspirasi bagi peneraju
bagi membentuk keperibadian SK Seri Keramat dalam menjana murid yang berintelek
dan berakhlak mulia menjelang tahun 2010.
Kepimpinan Cg Muhamad Anua Bin Musop sudah sampai ke penghujung
bagi mengetuai SK Seri Keramat. Pada 07 Januari 2011, beliau telah diraikan
sempena persaraan wajib beliau. Dengan Visi sekolah bagi menjadi sekolah
berwatak dan cemerlang pada 2012, beliau meninggalkan SK Seri Keramat dengan
kejayaan dalam UPSR 2010 dengan 7 orang mendapat 5A dan peratusan sekolah
meningkat kepada 87.5%. Segala jasa dan bakti yang ditaburkan akan sentiasa di
ingatan kami warga SK Seri Keramat.
Patah tumbuh hilang berganti, setelah Cg Muhamad Anua Bin Musop bersara
wajib, tempat beliau telah dipangku oleh GPK Pentadbiran, Cg Noorlela Binti
Ismail selama sebulan sebelum menerima guru besar yang baru.
Pada 01 Februari 2011, satu berita gembira telah diwar-warkan
bahawa SK Seri Keramat telah mendapat guru besar yang baru. Beliau ialah Cg
Zainuri Bin Mat Atar yang mana merupakan pengemudi baru bagi SK Seri Keramat.
Beliau sebelum ini merupakan seorang pegawai Unit Perbekalan dan Pembangunan
PPD Maran. Tahniah atas pertukaran beliau ke SK Seri Keramat. Semoga kejayaan
sekolah menjadi tonggak utama dalam pentadbirannya di masa mendatang.
Banyak kemudahan prasarana yang telah dibawakan oleh Cg Zainuri
Bin Mat Atar sepanjang tahun 2011 hingga kini. Semua idea-idea yang dibawakan
oleh Tuan Guru Besar disambut baik oleh semua guru dan staf di SK Seri Keramat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan